Syarikat Asing Perlu Hormat Kedaulatan, Keutuhan Wilayah China

2018-05-07 14:30:17  CRI
Share with:

Syarikat asing yang menjalankan urus niaga di China perlu menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam.

AS dilaporkan dalam satu kenyataan mengeluarkan kritikan yang tidak berasas terhadap tuntutan pihak berkuasa China bahawa syarikat asing tidak boleh menyenaraikan Hong Kong, Makau dan Taiwan sebagai "negara".

Berhubung hal itu, Geng berkata sebarang kenyataan tidak dapat mengubah fakta bahawa hanya terdapat sebuah negara China di dunia ini. Hong Kong, Makau dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Beliau turut menggesa syarikat terlibat mematuhi undang-undang China dan menghormati perasaan rakyat China.

张哲