China Pentingkan Ikatan dengan Malaysia

2018-05-11 11:00:06  CRI
Share with:

China sangat mementingkan hubungan persahabatan dengan Malaysia. Perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara kini berkembang baik, manakala kerjasama saling menguntungkan membuahkan hasil memberangsangkan hingga membawa faedah benar-benar kepada rakyat. Kemajuan ini patut dihargai dan dijaga bersama-sama.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam ketika mengulas kemungkinan kerajaan baharu Malaysia membawa semula sebahagian peruntukan dalam perjanjian yang telah dimeterai dengan China ke meja rundingan.

Geng Shuang menyatakan China yakin Malaysia mampu kekal stabil dan terus membangun. China bersedia bersama-sama Malaysia mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan demi manfaat rakyat serta kestabilan dan kemakmuran serantau.

Jurucakap itu menegaskan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah tokoh politik berpengalaman yang pernah memberi sumbangan besar kepada pembangunan hubungan China-Malaysia.

张弘