Xi Pengerusikan Mesyuarat Pembaharuan Holistik

2018-05-12 16:06:15  CRI
Share with:

Pembaharuan melibatkan seluruh institusi kerajaan kini mencapai kemajuan yang ketara. Usaha ini perlu diteruskan secara teratur dan terselaras dengan merumuskan pengalaman daripada praktik. 

Demikian ditekankan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika mempengerusikan mesyuarat ke-2 suruhanjaya pusat yang bertanggungjawab atas pembaharuan holistik, di Beijing semalam.

Mesyuarat itu turut meluluskan "Panduan Pembaharuan Institusi Setempat" dan "Pelan Pelaksanaan Langkah Pembaharuan Penting 2018-2022".

张哲