China, AS Bakal Runding Isu Ekonomi

2018-05-14 16:50:43  CRI
Share with:

Utusan Khas Presiden China yang juga Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Naib Perdana Menteri, Liu He akan membuat lawatan ke Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 19 Mei, atas undangan Washington.

Demikian maklum jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing petang tadi. 

Dalam tempoh lawatan itu, Liu He selaku ketua perunding pihak China bagi Dialog Ekonomi Komprehensif dengan AS akan membincangkan isu ekonomi dan perdagangan dua hala bersama-sama Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin.

周乔西