China Bersiap Hadapi Pergeseran dengan AS

2018-05-17 15:09:51  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) diharap menangani percanggahan dan mengawal perselisihan pendapat melalui rundingan. China tidak mahu melihat meruncingnya pergeseran perdagangan dengan AS, namun sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng di Beijing hari ini.

Dalam sidang akhbar pada hari yang sama, kementerian tersebut juga memaklumkan statistik terkini mengenai penanaman modal asing di China.

Pada Januari hingga April tahun ini, sebanyak 19,002 syarikat modal asing baharu telah ditubuhkan melibatkan pelaburan berjumlah RMB286 bilion (RM178 bilion). Antaranya, penanaman modal dalam industri pengeluaran berteknologi tinggi terus meningkat.

Pada November tahun ini, Shanghai akan menjadi tuan rumah Ekspo Import Antarabangsa China yang pertama. China bersedia memperhebat pengimportan dari seluruh dunia, termasuk AS.

高蕾