Xi Jinping: Terus Dorong Pembinaan Tamadun Ekologi

2018-05-20 15:00:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122857688_15267296655261n

China akan terus menyelaraskan pembangunan sosioekonomi dengan pembinaan tamadun ekologi, menangani masalah alam sekitar, mengusahakan pencegahan dan pengawalan pencemaran sehingga mendorong pembinaan tamadun ekologi ke tahap yang baharu.

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Kebangsaan China yang telah diadakan di Beijing pada 18 hingga 19 Mei lalu.

Menurut beliau, pembinaan tamadun ekologi adalah asas penting bagi pembangunan nusa dan bangsa China yang berkekalan. Matlamat 'China yang Indah' akan direalisasikan menjelang 2035.

Di samping itu, perkembangan hijau perlu terus diintensifkan secara komprehensif. Dalam konteks ini, masalah ekologi alam sekitar perlu diutamakan, dan rancangan tindakan pencegahan serta pengawalan pencemaran air dan tanah perlu diteruskan. Manakala, tindakan pembaikan persekitaran kawasan perumahan di desa juga perlu terus dilaksanakan.

Xi juga menegaskan bahawa China akan bersungguh-sungguh melaksanakan strategi negara untuk menghadapi perubahan iklim, dan mendorong kewujudan sistem pengendalian iklim global yang adil, rasional, kerjasama dan menang-menang.

曹捷