Kemboja Mahu Bersih Periuk Api Sebelum 2025

2018-05-21 16:46:39  CRI
Share with:

Kemboja akan berusaha membersihkan semua periuk api tinggalan zaman perang di seluruh negara sebelum tahun 2025, mengikut strategi tindakan yang dirangka oleh kerajaan.

 

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan baru-baru ini bahawa peta garisan dan sasaran yang jelas telah disusun, dan sokongan daripada rakan kerjasama adalah amat dialu-alukan. 

 

Pada masa ini, kawasan di Kemboja yang masih terdapat periuk api dan lain-lain objek berbahaya tinggalan zaman perang mencakupi keluasan sekitar 1,660 kilometer persegi.

 

Sejak 1992, sebanyak 3.8 juta periuk api dan bahan letupan telah ditemui dan dihapuskan. Kerja membersihkan bakinya sebelum 2025 memerlukan peruntukan USD400 juta (RM1.6 bilion).

胡星