China Beri Sumbangan Besar kepada Kesihatan Manusia

2018-05-21 13:34:08  CRI
Share with:

China amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya, dan telah memberikan sumbangan besar kepada kesihatan umat manusia seluruh dunia melalui penglibatan aktif dalam tadbir urus global.

Demikian ujar Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan China, Ma Xiaowei di Geneva semalam, menjelang Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-71.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, Ma berkata bahawa program "China yang sihat" telah dimaktubkan dalam strategi negara ke arah mewujudkan matlamat Agenda 2030 untuk pembangunan mapan.

China turut menjalin kerjasama rapat dengan badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menambah baik taraf kesihatan global.

Katanya, selaku negara membangun terbesar di dunia, China telah meneroka pendekatan yang berkesan bagi pengurusan kesihatan, yang turut dikongsi dengan negara-negara lain.

Ma menyatakan sejak 1963, China telah memberi bantuan kepada negara-negara membangun lain, termasuk menghantar 69 pasukan terdiri daripada 25 ribu anggota perubatan menyediakan rawatan kepada 280 juta pesakit.

Selain itu, perubatan tradisional China kini boleh didapati di 183 negara dan wilayah di dunia, malah menjadi komponen penting dalam kerjasama antara China dengan ASEAN, Eropah dan Afrika.

覃淼