Xi: Tingkatkan Kerjasama Keselamatan SCO

2018-05-23 15:07:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122871417_15269934084931n

Presiden China, Xi Jinping menemui ketua-ketua delegasi yang menyertai Mesyuarat Setiausaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-13 di Beijing semalam.

Beliau berkata, sejak penubuhan SCO, para anggota sentiasa melihat tugas menjaga keselamatan dan kestabilan serantau sebagai misi utama.

Mesyuarat Setiausaha Majlis Keselamatan ini mekanisme penting yang membolehkan para anggota SCO bersama-sama menghadapi ancaman dan memperkukuh tadbir urus keselamatan serantau. 

Dilihat dari perspektif menyeluruh, situasi keselamatan semasa di rantau ini agak stabil, namun masih wujud masalah seperti penyeludupan dadah dan jenayah terancang rentas sempadan.

Xi menyarankan agar para anggota SCO terus meningkatkan kesalingpercayaan strategik dan penyelarasan dasar, serta mempertahankan keadilan dan kesaksamaan, di samping menggalakkan penyelesaian pergeseran secara damai.

Kata beliau, China akan terus menyepadukan konsep keselamatan sendiri dengan serantau, bekerjasama dengan anggota-anggota lain untuk membina hubungan antarabangsa model baharu berlandaskan prinsip saling hormat, sama rata, adil dan untung bersama, ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

徐国玮