Guangxi, Destinasi Ekopelancongan Baharu

2018-05-23 16:32:01  CRI
Share with:

Kerja-kerja perancangan dan pembinaan projek lingkaran ekopelancongan wilayah Guangxi memasuki fasa pembangunan substantif bermula semalam.

Maklum Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Guangxi, Gan Lin, untuk memajukan sektor pelancongan, kerajaan tempatan akan membangunkan Guangxi sebagai destinasi ekopelancongan dengan tiga lingkaran yang berpusatkan bandar ibu wilayah, Nanning.

 

图片默认标题_fororder_guangxiekopelancongan

Sebanyak 48 projek berkenaan akan dilaksanakan pada tahun ini, melibatkan pelaburan berjumlah RMB83.2 bilion (RM52 bilion).

Menurut Presiden Institut Perancangan dan Reka Bentuk Pelancongan Guangxi, Teng Jian, Nanning berjaya diketengahkan sebagai destinasi berprestij kepada pelancong dari negara-negara ASEAN melalui penganjuran Ekspo China-ASEAN selama ini.

Anggaran 40% pelancong asing ke Nanning adalah dari negara ASEAN, kebanyakannya dari Vietnam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.  

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓