Polis Thailand Tahan 14 Penunjuk Perasaan

2018-05-24 15:22:32  CRI
Share with:

Polis Thailand semalam menahan 14 orang yang mengetuai tunjuk perasaan Selalu lalu atas kesalahan menghasut dan menyalahi perintah injunksi perhimpunan lima orang ke atas.

Selasa lalu adalah hari ulang tahun keempat sejak tentera Thailand menggulingkan kerajaan Yingluck Shinawatra. 

Tunjuk perasaan itu, yang pada asalnya merancang untuk berarak dari kampus Universiti Tammasat Bangkok ke Pejabat Perdana Menteri, adalah untuk menuntut kerajaan menyegerakan pilihan raya umum.

Seramai tiga ribu anggota polis telah ditempatkan di sekitar kampus universiti tersebut serta Pejabat Perdana Menteri untuk menghalang perarakan itu. 

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dalam sidang akhbar semalam berkata, pilihan raya umum dijadualkan pada Februari tahun depan dan tidak akan diawalkan.

徐国玮