Xi Ucap Tahniah Perasmian Ekspo Data Besar

2018-05-26 14:16:20  CRI
Share with:

Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China diadakan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou China hari ini. Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah atas perasmian ekspo tersebut.

Xi dalam suratnya menyatakan bahawa teknologi maklumat generasi baharu seperti Internet, data besar, dan kecerdasan buatan (AI) telah membawa pengaruh besar dan mendalam kepada pebangunan sosioekonomi, pentadbiran neagra dan sosial, serta kehidupan rakyat di seluruh dunia. Negara-negara berkaitan harus meningkatkan komunikasi dan kerjasama untuk memegang peluang perkembangan data besar, mendorong perkembangan industri berkaitan, serta menangani cabaran keselamatan data dan kawalan ruang siber. 

Tegas beliau, China amat mementingkan perkembangan data besar. Para peserta ekspo ini diharap mempergiat komunikasi, menyumbang idea, agar mendorong inovasi industri data besar, memberikan manfaat kepada seluruh umat manusia.

梁靓