Pemulihan Hubungan Dipliomatik China-Burkina Faso

2018-05-27 14:56:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_137208238_15273374132101n

 

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Burkina Faso, Alpha Barry menandatangani perisytiharan bersama tentang pemulihan hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China (PRC) dengan Burkina Faso semalam. 

Wang Yi berkata, kerajaan Burkina Faso mengiktiraf hanya satu China di dunia. Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah bagi China. Taiwan merupakan wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. China memuji pendirian Burkina Faso tersebut.

 

图片默认标题_fororder_137208238_15273374422741n
 

Menurutnya, prinsip satu China merupakan norma hubungan antarabangsa yang diterima umum serta konsensus antarabangsa. Selain itu, prinsip tersebut merupakan prasyarat dan asas politik bagi perkembangan hubungan antara China dengan pelbagai negara di dunia. Sebarang tipu muslihat yang hendak memecahkan China nescaya akan gagal.

Alpha Barry pula berkata, pemulihan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China sama sekali sesuai dengan hasrat dan kepentingan Burkina Faso.

徐国玮