Xi Jinping Ditemui Hollande

2018-05-27 15:19:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_奥朗德

China mempunyai keyakinan penuh terhadap prospek hubungan China-Perancis, dan bersedia meningkatkan penyelarasan strategik dengan Perancis untuk bersama-sama menghadapi cabaran global. 

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui mantan Presiden Perancis, Francois Hollande di Beijing semalam.
 
Xi menghargai sumbangan Hollande terhadap perkembangan hubungan bilateral China-Perancis dan kerjasama kedua-dua negara dalam urusan antarabangsa semasa memegang jawatan presiden. 

Beliau berkata, Presiden Perancis sekarang, Emmanuel Macron telah mengadakan lawatan rasmi kali pertama ke China pada Januari lalu. Kedua-dua negara ini telah mencapai persefahaman meluas untuk mempergiat kerjasama bilateral dan multilateral.

Presiden Xi menegaskan, China bersedia meningkatkan penyelarasan strategik dengan Perancis, terus mempertahankan proses multilateralisme, bersama-sama menangani cabaran global, merangsang pertumbuhan ekonomi, kebebasan dan pemudahan pelaburan dan perdagangan dunia, sehingga memberikan sumbangan kepada tatatertib antarabangsa yang aman, terbuka dan inklusif. Selain itu, China juga ingin memperkasakan kerjasama dengan Kesatuan Eropah(EU).

Hollande pula menyanjung tinggi peranan positif China dalam urusan antarabangsa di bawah pimpinan Presiden Xi, terutamanya tercapainya Perjanjian Paris tentang perubahan iklim. 

Beliau berasa gembira melihat kerjasama strategik China-Perancis diperkasakan, dan ini bermanfaat kepada multilateralisme dan penyelesaikan masalah serantau dan antarabangsa melalui dialog dan kerjasama.

梁靓