Xi Pengerusi Sidang Kemuncak SCO

2018-05-28 15:03:31  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-18 akan diadakan di Qingdao, provinsi Shandong pada 9 hingga 10 Jun, dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping. 

Pemimpin dari lapan negara anggota dan empat negara pemerhati serta ketua beberapa pertubuhan antarabangsa akan menghadiri sidang tersebut.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media di Beijing pagi tadi menyatakan sidang ini yang pertama selepas SCO menerima anggota baharu. 

Fokus diberikan kepada kerjasama keselamatan, penyelarasan strategi pembangunan dan kerjasama pragmatik berdasarkan "semangat Shanghai", iaitu saling percaya, saling untung, sama rata, berunding, menghormati kepelbagaian tamadun dan mengejar pembangunan bersama.

Ini penting bagi melakar cetak biru yang holistik demi masa depan SCO.

张薇