Jambatan Cao Lanh Dibuka

2018-05-28 13:54:21  CRI
Share with:
Jambatan Cao Lanh di Vietnam yang dibina oleh Syarikat Jalan dan Jambatan China (CRBC) dirasmikan semalam oleh Naib Presiden Vietnam, Dang Thi Ngoc Thinh dan Menteri Pengangkutan, Nguyen Van The.
 
Dang Thi Ngoc Thinh berkata kawasan Delta Sungai Mekong penting bagi pembangunan sosioekonomi Vietnam. Jambatan Cao Lanh yang moden, indah dan berteknologi maju signifikan bagi meningkatkan daya saing delta tersebut serta kesalinghubungan Vietnam dengan negara-negara lain.
 
Jambatan Cao Lanh sepanjang kira-kira 2.4 kilometer, melintasi bahagian Sungai Mekong di barat daya Vietnam.

 

Jambatan itu akan membantu melengkapkan jaringan pengangkutan darat di barat daya Vietnam, di samping memajukan ekonomi tempatan.

张哲