Kembara Media ke Anhui Dilancar

2018-05-28 12:30:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_f6b19172-c3aa-4295-9682-a47742cad747

Kembara media ke Anhui melibatkan sepuluh negara ASEAN dan China  dilancarkan di Hefei semalam, sebagai sebahagian aktiviti sempena Persidangan Industri Pembuatan Dunia dan Persidangan Pedagang Anhui Antarabangsa China 2018.

Kira-kira 40 wartawan media arus perdana diundang melawat Hefei, Huaibei, Suzhou, Bengbu, Huainan dan Liu'an dalam tempoh seminggu akan datang.

Pengarah Perhubungan Awam Pusat China-ASEAN, Vithit Powattanasuk menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN. Kerjasama dan pertukaran media yang semakin mendalam banyak menyumbang kepada hubungan itu.

Media China dan ASEAN harus melipatgandakan usaha untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat serta mencipta suasana yang lebih baik untuk pendapat umum.

Ketua delegasi ASEAN, penyunting kanan dari agensi berita BERNAMA, Santhy Devi pula berharap aktiviti tersebut membantu media ASEAN lebih memahami pembangunan Anhui. 
 

张弘