Kumpulan Kerja AS Tiba di DPRK

2018-05-28 13:53:28  CRI
Share with:

Kumpulan kerja AS telah tiba di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk membuat persiapan bagi pertemuan pemimpin kedua-dua negara.

Demikian dimaklumkan oleh Presiden AS, Donald Trump menerusi Twitter semalam.   

AS, DPRK dan Korea Selatan baru-baru ini telah menyatakan hasrat supaya pertemuan tersebut dapat diadakan di Singapura pada 12 Jun nanti, seperti yang dijadualkan. 

Menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah mengadakan pertemuan di Panmunjom sebelah DPRK kelmarin. 

Dalam pertemuan itu, Kim Jong-un merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Moon Jae-in terhadap pertemuan pemimpin DPRK dan AS. 

张哲