Pelancongan Berkualiti Jadi Fokus

2018-05-29 17:24:07  CRI
Share with:
Pelancongan berkualiti menjadi tumpuan sidang kemuncak datuk bandar kota pelancongan bertema "Jalur dan Laluan" (B&R) yang  diadakan di Zhengzhou semalam. 

Sidang itu dihadiri 95 datuk bandar atau wakil dari 28 negara termasuk Rusia, Sri Lanka dan India serta lebih 60 pengusaha pelancongan dari seluruh dunia.

Turut hadir, datuk bandar atau wakil dari 39 kota pelancongan China.

Dimaklumkan, skala pelancongan di negara-negara terlibat dalam inisiatif B&R adalah kira-kira 70% keseluruhan pelancongan global. 

Pakar menjangkakan China akan menarik kedatangan 85 juta pelancong dari negara-negara B&R, menjana pendapatan kira-kira USD110 bilion (RM438 bilion) dalam tempoh antara 2016 hingga 2020. 

Serentak itu, China akan menjadi antara sumber pelancong terbesar bagi negara-negara tersebut memandangkan ledakan jumlah pelancong China ke luar negara.  
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张薇