China Sasarkan Gergasi Sains dan Teknologi

2018-05-29 14:37:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122900611_15275511374031n

Usaha berorientasikan sains dan teknologi perlu terus diperkasakan bagi memartabatkan China sebagai pusat sains dan inovasi yang berprestij di dunia. 

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping dalam Persidangan Ahli Akademik ke-14 Akademi Kejuruteraan China, di Beijing semalam. 

Persidangan itu acara paling penting dalam bidang sains dan teknologi China, disertai lebih 1,300 ahli akademik, ahli sains dan pegawai kerajaan.

Xi dalam ucapannya berkata, usaha inovasi merupakan peneraju paling penting bagi mewujudkan sains dan teknologi berkualiti dan mendukung sistem ekonomi moden. 

Katanya, inovasi sains dan teknologi dijalankan dengan rancak sejak awal abad ke-21. Revolusi teknologi dan transformasi perindustrian pusingan baharu mencorak semula pola inovasi dan struktur ekonomi global. Sains dan teknologi tidak pernah memberi pengaruh yang begitu besar kepada hala tuju negara dan kehidupan rakyat sepertimana yang berlaku pada masa ini.

Kluster industri baharu bersifat strategik perlu diwujudkan dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan pintar, di samping meningkatkan integrasi Internet, data besar dan kecerdasan buatan (AI) dengan ekonomi sebenar. 

Sementara itu, mod industri pembuatan dan operasi perusahaan perlu diubah suai hingga ke asasnya bagi meletakkan industri China di kedudukan lebih tinggi pada rantaian nilai global.

张哲