Xi Jinping, Sahabat Kanak-kanak

2018-05-31 13:45:04  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_ceritaxidengankanak00

Menjelang tiba Hari Kanak-kanak Antarabangsa 1 Jun, satu pesta yang meraikan kanak-kanak seluruh dunia.


Di China, ada seorang yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak. 

Walau bagaimana sibuk sekali pun, beliau meluangkan masa untuk kanak-kanak. Di padang, di dalam dan luar bilik darjah, di mana-mana sahaja, beliau sahabat setiap kanak-kanak China. 

Sahabat ini Presiden Xi Jinping, yang mengucapkan Selamat Hari Kanak-Kanak kepada semua si kecil di seluruh dunia. 

 

图片默认标题_fororder_ceritaxidengankanak01

 

Bapa yang penyayang

Xi Jinping, Presiden China, juga seorang bapa yang amat menyayangi anaknya. Terpapar di sebuah rak dalam pejabat presiden ini, gambar beliau membawa anak kecilnya berbasikal. 

Kata isteri Xi, Peng Liyuan, anak itu sangat manja dengan bapanya. Ketika bersama si ibu, anak itu nakal, tetapi apabila didampingi si bapa, manjanya seperti seekor anak kucing. 

 

图片默认标题_fororder_ceritaxidengankanak04

 

Cerita kanak-kanak amat berharga

Xi Jinping amat suka mendengar kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka. Beliau juga sering menceritakan kisah zaman kanak-kanaknya sendiri kepada mereka.

Beliau mengenang kembali pengalaman sewaktu di bangku sekolah rendah. Katanya, beliau pernah menangis kerana tidak terpilih menganggotai kumpulan pertama pasukan Pelopor Muda. Apabila akhirnya terpilih, hatinya berdebar-debar penuh teruja.



图片默认标题_fororder_ceritaxidengankanak07

 

Pencinta sukan bola sepak

Xi Jinping seorang pencinta sukan bola sepak, yang sentiasa prihatin akan pembangunan sukan itu dalam kalangan kanak-kanak. 

Semasa melawat Jerman pada tahun 2014, beliau mengunjungi Stadium Olimpia Berlin, tempat pasukan bola sepak remaja China berlatih ketika itu.

Beliau bersorak-sorai melihat aksi cemerlang pertandingan remaja antara pasukan kaunti Zhidan, provinsi Shaanxi China dengan pasukan Wolfsburg Jerman.

Pada waktu rehat separuh masa, Xi turun ke padang untuk berbual-bual dengan pemain tentang latihan dan keadaan hidup mereka.

Kata Xi, beliau menaruh harapan menggunung tinggi terhadap generasi muda itu, dan mahu melihat mereka tampil sebagai bintang antarabangsa suatu hari kelak.

王瑾