Kelebihan Sumber Manusia Perlu Dioptimumkan

2018-05-31 14:48:55  CRI
Share with:

China perlu mempertingkat pembaharuan dan keterbukaan, mendinamikkan dan meneroka potensi pasaran bagi mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang sihat dan konsisten.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Persidangan Ahli Akademik ke-14 Akademi Kejuruteraan China baru-baru ini.

Li berkata pada tahun ini, ekonomi China masih mengekalkan momentum kukuh. Untuk 11 suku tahun berturut-turut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) meningkat 6.7% hingga 6.9%. Pada masa yang sama, jumlah pengambilan pekerja lebih tinggi.

Beliau menyatakan sumber manusia antara kelebihan dalam pembangunan China. Usaha perlu diintensifkan untuk memastikan graduan institusi pengajian tinggi dan pekerja migran mendapat pekerjaan. 

Di samping itu, pendidikan perlu terus diutamakan bagi melahirkan tenaga profesional dalam bidang penyelidikan saintifik dan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan pertumbuhan berkualiti.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲