China, Laos Mahu Kerjasama Lebih Rapat

2018-06-01 13:09:23  CRI
Share with:
Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Presiden Laos, Boungnang Vorachith di Beijing petang semalam.

Li berkata China mahu mempergiat kerjasama dengan Laos melibatkan prasarana pengangkutan, pertanian, pendidikan dan pelancongan.

China komited memperkukuh persahabatan yang dijalin sekian lama dan membina komuniti berkongsi nasib dengan Laos berlandaskan prinsip saling menghormati dan menyokong.

Boungnang yang juga Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan China terhadap pembangunan sosioekonomi negaranya.

Laos bersedia terus menggalakkan kerjasama saling menguntungkan dengan China serta interaksi di kalangan rakyat.

 

覃淼