Bank Pusat Indonesia Naikkan Kadar Faedah

2018-06-01 11:16:30  CRI
Share with:
Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah utama kepada 4.5%, sementara bagi pinjaman dan simpanan masing-masing 5.25% dan 3.75%.

Langkah itu bertujuan meredakan risiko dari luar, khususnya tekanan terhadap kestabilan kewangan susulan Amerika Syarikat (AS) mengubah dasar kewangannya.

Untuk menggalakkan pinjaman antara bank dan meningkatkan kestabilan sistem kewangan, bank pusat Indonesia akan terus melaksanakan kadar faedah sifar penampan modal kitaran timbal balas.

Unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu kekal pada 5.5% tahun ini.

Ini kali pertama bank pusat Indonesia menaikkan bunga utama sejak November 2014.

Pada dua tahun lalu, kadar itu diturunkan 200 mata asas bagi merangsang penggunaan dan pinjaman. 
张弘