Laluan Kunming-Chiang Mai Mula Operasi Julai

2018-06-06 14:19:15  CRI
Share with:
Laluan penerbangan ulang-alik antara Kunming dengan Chiang Mai yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan LuckyAir Yunnan (LuckyAir) akan beroperasi pada 1 Julai depan.

Laluan tersebut merupakan laluan penerbangan kelima ke Thailand, selepas laluan dari Yunnan ke Bangkok, pulau Ko Samui, pulau Phuket dan pulau Krabi yang telah dibuka sebelumnya.

Penerbangan dijadualkan setiap Isnin, Selasa, Jumaat dan Ahad.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Thailand telah menjadi destinasi pilihan pertama bagi para pelancong China.

Pembukaan laluan ulang-alik tersebut dipercayai akan memberi kemudahan dan memenuhi permintaan para pelancong dari Yunnan yang ingin mengunjungi Thailand sempena musim kemuncak pelancongan pada Julai akan datang.
 
周乔西