Indonesia, China Usaha Sama demi Rakyat

2018-06-06 11:36:41  CRI
Share with:

Sebagai negara membangun yang besar, Indonesia dan China harus memainkan peranan konstruktif dalam pembinaan dan penjagaan tata tertib serantau dan global.

Duta Besar Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun menyatakan di Beijing kelmarin, kedua-dua negara telah mencapai kemajuan ketara dalam kerjasama melibatkan kebudayaan, pelancongan dan media. 

Beliau berkata, pihaknya akan memperkenalkan lebih banyak destinasi pelancongan yang dapat disimpulkan sebagai 6S, iaitu "Sea, Sun, Sand, Smile, Service dan Scene".

Selain itu, Indonesia juga akan memperhebat kerjasama kebudayaan dan pendidikan dengan China, supaya lebih ramai warga Indonesia mampu bertutur bahasa Mandarin, sementara lebih ramai orang China berbahasa Indonesia.

高蕾