China Bantu Projek Baik Pulih Angkor Wat

2018-06-07 15:01:45  CRI
Share with:

Kemboja akan melaksanakan model kerja baharu bagi projek pemuliharaan tapak tinggalan istana raja Angkor Wat dengan bantuan pihak China.

Model kerja baharu itu bukan sekadar bertujuan membaik pulih bangunan, tetapi juga akan menumpukan kepada penggunaan secara rasional dan pembangunan berterusan.

Penyelidik dari Akademi Warisan Budaya China, Zheng Jun memaklumkan rancangan itu, semasa menghadiri sesi ke-30 persidangan teknikal berkaitan projek tersebut yang berlangsung di Siem Reap pada 5 hingga 6 Jun lalu.

Dalam satu temu bual eksklusif, Anne Lemaitre, wakil Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) ke Kemboja menyatakan bahawa China akan terus terlibat dalam projek-projek akan datang. Ini termasuk melatih tenaga profesional bidang berkenaan dan menggalakkan perlindungan untuk jangka panjang.

China antara negara terawal terlibat dalam usaha pemuliharaan Angkor Wat. Akademi Warisan Budaya China pernah menyelesaikan tugas pembaikpulihan dua kuil di sana, dan bakal melancarkan projek tapak tinggalan istana raja tidak lama lagi.

曹捷