China, Indonesia Teroka Aplikasi QR Kod Generasi Baharu

2018-06-07 14:12:36  CRI
Share with:

China dan Indonesia baru-baru ini melancarkan penubuhan sebuah syarikat usaha sama di Jakarta, bagi tujuan menyelidik dan membangunkan aplikasi kod respons pantas (QR) generasi baharu.

Syarikat tersebut akan membangunkan aplikasi mudah alih berdasarkan kod QR "Identiti Pintar 9" yang telah diguna pakai dalam sistem kastam dan percukaian di China.

Aplikasi itu dikatakan satu langkah ke hadapan dalam Visi Pembangunan Industri 4.0 Indonesia. Dengan ciri keselamatan yang lebih ketat, aplikasi berkenaan akan mempermudah pembangunan syarikat kecil dan sederhana, melindungi data terminal daripada kecurian, dan membolehkan pengeluaran produk dan logistik dipantau.

Fasa rintis projek itu akan menumpukan pengurusan identiti yang meliputi seluruh negara anggota ASEAN.

高蕾