Hari Inovatif Asia Pasifik Huawei ke-4 di Bangkok

2018-06-07 12:10:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_嘉宾合影(摄影:崔沂蒙).JPG

图片默认标题_fororder_泰国副总理颂吉发表主题演讲(摄影:崔沂蒙).JPG

图片默认标题_fororder_泰国国家科技发展署、泰国国家创新署、华为泰国三方联合签署《面向全球市场加强创新研究合作的战略合作备忘录》(摄影:崔沂蒙).JPG

图片默认标题_fororder_华为轮值董事长郭平发表主题演讲(摄影:崔沂蒙).JPG


Hari Inovatif Asia Pasifik Huawei ke-4 yang bertemakan "inovatif jana pendigitalan di Asia Pasifik" telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 6 Jun lalu.

Aktiviti tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi Thailand (MOST) dengan Huawei Technologies Co.,Ltd..

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak dalam ucaptama pada perasmian aktiviti itu berkata, pembangunan ekonomi digital membantu transformasi dan penaiktarafan struktur ekonomi Thailand. Negaranya akan terus membina suasana yang baik bagi ekonomi digital yang bersifat inovatif.

Beliau berharap, kerjasama dua hala antara kerajaan Thailand dengan Huawei, rakan kerjasama yang boleh dipercayai, dapat terus diintensifkan pada masa depan.

Guo Ping, Pengerusi Lembaga Pengarah bergilir Huawei menyatakan bahawa syarikatnya ingin bekerjasama dengan negara-negara Asia Pasifik bagi memajukan pembangunan ekonomi digital, demi pembinaan ekologi pendigitalan bersama di rantau ini.

周乔西