Thailand Bersiap Terima Pelancong China, Jepun

2018-06-08 13:58:27  CRI
Share with:

Biro Kereta Api Thailand semalam mengumumkan rancangan untuk menambah perkhidmatan kereta api bagi laluan Bangkok-Chiang Mai dan Bangkok-Suratthani bermula awal Julai.

Timbalan pengarah biro tersebut menyatakan bahawa langkah tersebut adalah sebagai persiapan untuk memenuhi keperluan pelancong terutamanya dari China dan Jepun, sekali gus menambah pendapatan pihaknya pada masa luar musim. 

Kereta api tambahan dijangka akan menampung sekurang-kurangnya 100 ribu pelancong setiap tahun, menjana pendapatan lebih 100 juta baht (12.5 juta ringgit).

China dan Jepun merupakan pasaran pelancongan antarabangsa yang penting bagi Thailand, malah China negara sumber pelancong asing paling besar bagi Thailand. Pada tahun lalu, lebih 9.8 juta warga China melancong ke Thailand, iaitu 30% jumlah pelancong asing ke negara itu.  
 

曹捷