Kapal "Yukun" Dalam Pelayaran Balik ke Dalian

2018-06-08 13:16:02  CRI
Share with:

Kapal "Yukun" milik Universiti Maritim Dalian (DMU) berlepas dari pelabuhan Surabaya kelmarin, selepas menyelesaikan lawatan di Indonesia.

Kapal berkenaan tiba di Indonesia pada 17 Mei lalu, sempena sambutan ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN, dengan membawa lebih 100 orang pensyarah dan pelajar DMU serta wakil pejabat kerajaan dan syarikat.

Di bawah tema "Kembara Harmoni Laluan Sutera Maritim", rombongan tersebut dibawa mengunjungi Jakarta dan Surabaya untuk aktiviti pertukaran berkaitan ilmu pelayaran, teknologi dan budaya.

Dalam tempoh lawatan itu, kapal "Yukun" telah menerima kunjungan lebih 500 pelawat.

高蕾