China, Rusia Mahu Galakkan Hubungan Bilateral Berkembang pada Tahap Tinggi

2018-06-09 16:40:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122959351_15284776590651n

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Viladimir Putin di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam. Kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju dengan sebulat suara akan menyemarakkan semangat persahabatan secara turun-temurun dan semangat koordinasi strategik untuk meneroka dan mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan China-Rusia mewujudkan perkembangan yang lebih besar pada tahap tinggi.


Xi menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif China-Rusia adalah matang, stabil dan kukuh. China bersedia berusaha bersama dengan Rusia memperkukuh kesalingpercayaan pada tahap tinggi, meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang, mengintensifkan pertukaran sosialbudaya, mengeratkan penyelarasan dan kerjasama di arena antarabangsa supaya hubungan bilateral berkembang terus dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_1122959351_15284776590511n
 

Xi menyarankan bahawa kedua-dua pihak perlu menyelidikkan fikiran baharu dan langkah baharu yang melibatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, agar hubungan politik kedua-dua negara yang bertaraf tinggi boleh membuahkan hasil yang semakin banyak dalam kerjasama bilateral. 

Xi menyatakan, China bersedia bersama-sama dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) termasuk Rusia mengambil kesempatan sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak SCO di Qingdao, terus menggalakkan "Semangat Shanghai" dan memastikan SCO terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Putin pula menyatakan bahawa mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China merupakan keutamaan diplomatik Rusia yang bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam ekonomi dan perdagangan, pelaburan, sumber tenaga dan infrastruktur. Rusia menyanjung tinggi usaha China untuk menggalakkan kerjasama antara negara anggota SCO dan mengharapkan China menganjurkan sidang kemuncak SCO di Qingdao dengan jayanya.

图片默认标题_fororder_1122959351_15284776590561n


Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin telah menandatangani Perisytiharan Bersama Republik Rakyat China dan Rusia, bersama-sama menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala serta menghadiri sidang akhbar.     

曹捷