Hubungan Persahabatan Filipina-China Berprospek Cerah

2018-06-11 11:43:18  CRI
Share with:

Filipina penuh yakin terhadap hubungan persahabatan Filipina dengan China dan komited terus memperkasakan kerjasama untuk melakar masa depan hubungan dua hala yang baik.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano ketika menghadiri malam gembira bersempena ulang tahun ke-43 terjalinnya hubungan diplomatik Filipina-China dan juga hari persahabatan Filipina-China ke-17 pada 9 Jun lalu.

Menurutnya, pelbagai negara perlu bersahabat dengan negara jiran. China antara negara jiran Filipina, makanala Filipina memerlukan China dalam pembangunannya. Filipina komited mempergiat kerjasama dengan China demi menaiktarafkan hubungan dua hala dan memberikan manfaat kepada rakyat generasi muda.
 

覃淼