15 Militan BIFF Dibunuh

2018-06-11 11:17:38  CRI
Share with:

Sebanyak 15 anggota militan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dibunuh dalam serangan udara dan darat tentera Filipina terhadap pangkalan militan itu di Maguindanao, pulau Mindanao semalam.

Menurut pengarah operasi tentera kerajaan, serangan mengejut itu turut memusnahkan sebuah kemudahan menghasilkan bom buatan sendiri.

Sekitar 100 BIFF berada di kawasan sekitar ketika serangan bermula sebelum subuh.

Tentera mengklasifikasikan BIFF yang dikatakan mempunyai 200 hingga 300 anggota, sebagai organisasi antikerajaan yang menolak rundingan damai dengan kerajaan.  

 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
覃淼