China Harap AS dan DPRK Capai Konsensus

2018-06-12 15:19:24  CRI
Share with:

China berharap pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menyingkirkan gangguan, membina kesalingpercayaan, dan mengatasi kesukaran sehingga mencapai kosensus asas demi menggalakkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, mewujudkan mekanisme damai di Semenanjung. China komited terus memainkan peranan membina.

Demikian dinyatakan oleh ahli Dewan Negara China yang juga Menteri Luar, Wang Yi di Beijing hari ini.

Menurutnya, pertemuan antara pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un dengan Presiden AS, Donald Trump di Singapura menjadi tumpuan dunia. Kedua-dua negara dapat duduk untuk berdialog, ini membawa erti yang amat besar dan positif. China mengalu-alukan dan menyokong pertemuan ini.

覃淼