Taman Industri Kecerdasan Beidou China-ASEAN di Guangxi

2018-06-12 15:59:49  CRI
Share with:

Taman industri kecerdasan Beidou China-ASEAN dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China semalam. Taman itu bakal menjadi pusat inovasi teknologi berkaitan sistem pandu arah Beidou serta pangkalan untuk mempopularkan dan mengantarabangsakan teknologi berkenaan.

Naib Ketua Setiausaha kerajaan Guangxi, Tang Ning berkata, dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dan pembinaan pelabuhan maklumat China-ASEAN, sistem Beidou akan diperkenalkan di ASEAN dan mendorong pembangunan industri satelit Beidou di Guangxi.

Sistem Beidou merupakan sistem pandu arah sejagat yang diselidik dan dibangunkan oleh China sendiri. Pada masa ini, sistem itu telah diperkenalkan ke negara-negara ASEAN. China dan Malaysia telah bersama-sama membina pusat data dan perkhidmatan Beidou ASEAN.

徐国玮