Xi: Sedaya Upaya Basmi Kemiskinan

2018-06-12 16:02:38  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini memberikan arahan agar berusaha sedaya-upaya untuk membasmi kemiskinan.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata, waktunya amat mendesak dan tugasnya amat berat. Pegawai-pegawai berkenaan perlu bersungguh-sungguh dan bersatu padu untuk menjayakan misi pembasmian kemiskinan.

Beliau berkata, menjayakan pembasminan kemiskinan amat penting bagi pembinaan masyarakat yang kaya dan mencapai matlamat "dua seratus tahun".
 
Kerajaan pelbagai peringkat perlu memberikan perhatian yang cukup tinggi tentang misi tersebut, memikul tanggungjawab yang sewajarnya, mempertahankan sasaran dan standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat PKC, melaksanakan dasar membasmi kemiskinan dengan menfokuskan golongan paling miskin agar tiada satu pun kampung atau individu ketinggalan dalam misi ini.

Selain itu, Perdana Menteri, Li Keqiang juga memberi arahan dalam misi ini.

Beliau mahu kerajaan pelbagai peringkat dan pihak-pihak berkuasa berkaitan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan misi membasmi kemiskinan.     

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
徐国玮