12 Maut Serangan Bunuh Diri di Kabul

2018-06-12 10:55:18  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 12 maut dan 31 lagi cedera dalam serangan bunuh diri di sebuan tempat pejabat kerajaan di barat Kabul, Afghanistan Isnin lalu.

Jurucakap polis tempatan, Hashmat Stanikzai melalui akaun Twitternya berkata, seorang penyerang meletupkan bom di depan bangunan Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Luar Bandar Afghanistan pada kira-kira pukul 1 petang semalam, apabila pegawai-pegawai kementerian itu sedang meninggalkan bangunan berkenaan.

Pasukan keselamatan Afghanistan telah menutup tempat kejadian. Masih belum ada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.

覃淼