Jenama China, Tumpuan Ekspo Jakarta

2018-06-12 16:00:58  CRI
Share with:

11 Jun merupakan hari pertama cuti umum sempena sambutan hari raya Aidilftri di Indonesia. Banyak penduduk membeli-belah di Ekspo Jakarta. 

Eskpo Jakarta merupakan ekspo yang berskala paling besar, jumlah barangan paling banyak dan tempoh berlangsungnya paling panjang di Asia Tenggara. Ekspo yang diadakan setahun sekali itu menarik kunjungan berjuta-juta penduduk dari seluruh Indonesia. 

Antara lebih 2,500 syarikat yang mempamerkan produk dalam ekspo kali ini, jenama China diberi tumpuan pengunjung dan mendapat sambutan baik.

Syarikat Taiji, syarikat perubatan tradisional China, Jingdong, syarikat e-niaga yang tersohor serta Dajiang, syarikat pembuat dron mempamerkan produk masing-masing. Barang-barang mereka mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk tempatan.
Ini mencerminkan barang buatan China mempunyai prospek yang cerah di pasaran Indonesia.

徐国玮