China Sedia Bina Komuniti Berkongsi Nasib yang Lebih Erat dengan ASEAN

2018-06-13 14:51:24  CRI
Share with:

China dan ASEAN akan memperluas kerjasama dalam segenap aspek dan menjalin ikatan yang lebih erat dalam pembinaan komuniti yang berkongsi masa depan.

Demikian kenyataan Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi di Beijing semalam.

Wang Yi yang juga Ahli Dewan Negara berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN. Kedua-dua pihak akan menyusun Wawasan Perkongsian Strategik China-ASEAN 2030, menjayakan aktiviti sempena Tahun Inovasi China-ASEAN, dan memperkasakan penyelarasan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025.

Lim Jock Hoi pula berkata, Sekretariat ASEAN bersedia memainkan peranan yang positif untuk memperkasakan kerjasama ASEAN dengan China dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan kemanusiaan.

徐国玮