Iran Gesa Eropah Melindungi Kepentingannya

2018-06-13 11:34:35  CRI
Share with:

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA) Iran, Presiden Iran, Hassan Rouhani ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron menggesa negara Eropah mengambil tindakan berkesan untuk melindungi kepentingan Iran yang terkandung dalam Perjanjian Nuklear Iran.

Laporan itu memetik kenyataan Hassan Rouhani sebagai berkata, sekiranya kepentingan Iran tidak dapat terjamin, pihaknya tidak mungkin terus tertakluk kepada perjanjian itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan negara itu menarik diri daripada Perjanjian Nuklear Iran dan memulihkan sekatan terhadap Iran pada 8 Mei lalu. Iran menyatakan bahawa pihaknya akan terus menaati perjanjian itu untuk sementara waktu di samping mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat.

覃淼