Hayati Budaya Perubatan Tradisional China

2018-06-13 11:39:02  CRI
Share with:

Kira-kira 50 ahli perniagaan ubat-ubatan dari seluruh Indonesia berlepas dari Jakarta ke bandar Chongqing, China petang semalam untuk menghayati budaya perubatan tradisional di China.

Menurut penganjur aktiviti ini, Encik Victor, pada beberapa tahun kebelakangan ini, perubatan tradisional China semakin mendapat sambutan di Indonesia berikutan pembinaan inisiatif “Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama China-Indonesia yang kian diperkasakan. Ahli perniagaan ubat-ubatan Indonesia mengambil peluang perniagaan ini dan selalu datang ke China untuk mengenali dan menghayati budaya perubatan tradisional China. 
 

覃淼