Singapura Sumber Pelaburan Asing Terbesar Provinsi Yunnan

2018-06-13 14:52:07  CRI
Share with:

Menurut statistik, jumlah pelaburan syarikat Singapura di provinsi Yunnan, China mencatat USD685 juta (RM2.73 bilion) sehingga akhir tahun 2017, menjadikan Singapura negara sumber pelaburan asing yang terbesar bagi provinsi di barat daya China tersebut.

Pegawai International Enterprise Singapore (IE Singapore) berkata demikian dalam Pameran Kerjasama Syarikat Singapura-Yunnan yang dirasmikan di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan semalam.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Yunnan, Li Pei ketika berucap dalam majlis perasmian berkata, Yunnan yang terletak di sempadan barat daya China, merupakan tempat yang menyambungkan China dengan negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Yunnan giat terlibat dalam pelbagai projek kerjasama di bawah rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), kerjasama Lancang-Mekong (LMC), koridor ekonomi China-Myanmar, China-Laos dan China-Vietnam. Iklim ekonomi di provinsi itu semakin baik.

Beliau menegaskan, Yunnan memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Singapura. Perdagangan kedua-dua pihak terus ditingkatkan pada beberapa tahun ini.

Pegawai IE Singapore berkata, negaranya yang mempunyai kelebihan dalam bidang perdagangan komoditi pukal, logistik, kewangan dan undang-undang pula berharap mengadakan lebih banyak kerjasama dengan syarikat dari Yunnan dan membantu provinsi itu menembusi pasaran global.

徐国玮