PBB Seru Tingkatkan Usaha Hapuskan AIDS

2018-06-13 14:50:28  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru usaha untuk menghapuskan penyakit AIDS terus ditingkatkan walaupun kawalan penularan penyakit ini telah mencapai kemajuan di seluruh dunia.

Beliau membuat seruan itu ketika berucap pada perdebatan mengenai pencegahan dan rawatan AIDS Perhimpunan Agung PBB semalam.

Guterres berkata, kini lebih banyak orang dapat menjalani ujian virus HIV dan mendapat rawatan. Di samping itu, jumlah kanak-kanak pembawa HIV pula terus menurun.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, pencegahan dan rawatan penyakit AIDS kurang seimbang di seluruh dunia. Tindakan berkesan perlu diambil untuk melindungi golongan pemuda daripada penyakit itu.

Gutteres menekankan, pencegahan adalah kunci bagi membasmi penyakit itu.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
徐国玮