Penculikan di Paris, Dua Tebusan Dibebaskan

2018-06-13 14:23:10  CRI
Share with:

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb semalam melalui akaun Twitternya berkata, seorang lelaki yang menculik tebusan berjaya ditahan di kawasan 10 Paris. Dua tebusan dibebaskan.

Collomb memuji polis dan anggota bomba yang menyertai misi menyelamatkan tebusan, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Seorang lelaki menculik dua tebusan dalam sebuah bangunan di kawasan 10 Paris pada petang semalam. 

Menurut laporan BFMTV, penculik yang dilahirkan di Maghribi dan berumur lebih 20 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah.

Menurut laporan le Monde pula, penculik berkenaan mungkin mempunyai masalah mental. 

胡星