Kanada, Mexico, AS akan Bersama Hos Piala Dunia 2026

2018-06-14 15:47:54  CRI
Share with:

Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) mengalahkan Maghribi dan mendapat hak untuk menganjurkan bersama Piala Dunia 2026. Ini keputusan pengundian oleh 203 anggota layak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam persidangan FIFA ke-68 di Moscow semalam.  

Menurut laporan penilaian FIFA, prasarana di ketiga-tiga negara tersebut lebih baik berbanding dengan Maghribi.

Menurut peraturan FIFA sebelum ini, negara penganjur piala dunia akan dipastikan melalui pengundian oleh 24 orang anggota eksekutif. Setelah berlakunya skandal rasuah, FIFA telah mengubahsuai peraturan berkenaan, iaitu semua anggota, kecuali pemohon, bersama-sama membuang undi untuk memilih negara penganjur Piala Dunia.

徐国玮