Pompeo akan Melawat China

2018-06-14 13:25:08  CRI
Share with:
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo akan melawat China hari ini untuk memaklumkan hasil pertemuan presiden AS, Donald Trump dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un yang diadakan di Singapura.

Demikian dikatakan jurucajap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam. Lawatan pertama Setiausaha Negara Pompeo ke China atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi.   
 
Geng berkata, Pompeo akan memberikan taklimat tentang pertemuan Kim dan Trump di Singapura. Selain itu, kedua-dua pihak akan membincangkan masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama.

Kata Geng Shuang, lawatan Pompeo ini merupakan satu komunikasi penting antara China dan AS baru-baru ini. China dan AS, sebagai dua negara besar, memelihara hubungan yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak malah dunia.

Beliau menegaskan, China berharap lawatan Pompeo kali ini dapat meningkatkan persefahaman, meluaskan kerjasama dan mendorong hubungan China-AS berkembang maju pada masa depan. 
梁靓