Iran akan Pulihkan Loji Fordow Jika Perjanjian Nuklear Tak Sah

2018-06-14 13:21:16  CRI
Share with:

Iran akan memulihkan aktiviti pengayaan uranium di Fordow sekiranya Perjanjian Nuklear Iran tidak sah lagi.

Demikian kenyataan jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Behrouz Kamalvandi pada 13 Jun lalu.

Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Perjanjian Nuklear Iran pada 8 Mei lalu, dan memulihkan sekatan ke atas Iran. Sementara itu, Iran menyatakan akan terus melaksanakan perjanjian itu untuk sementara waktu dan berunding dengan pelbagai pihak terlibat. Kalau kepentingan Iran tidak dapat dijamin, Pertubuhan Tenaga Atom Iran akan memulihkan aktiviti pengayaan uranium "pada semua tahap".

梁靓