Pertemuan Pemimpin DPRK-AS Amat Signifikan

2018-06-14 11:22:18  CRI
Share with:

Hasil tercapai dalam pertemuan pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Amerika Syarikat (AS) antara langkah penting menuju ke arah mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, mengakhiri permusuhan dan konfrontasi, serta membina keamanan dan kemakmuran berkekalan di Semenanjung Korea.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing semalam.

Menurutnya, China mengalu-alukan hasil pertemuan itu dan bersedia terus berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear dan membentuk makanisme kedamaian yang berkekalan. 
 

覃淼