Persidangan Penyakit Hepatitis dan AIDS Asia ke-7 di Beijing

2018-06-14 11:38:04  CRI
Share with:

Persidangan Penyakit Hepatitis dan AIDS Asia ke-7 telah diadakan di Beijing pada 9 hingga 10 Jun lalu. Kira-kira 600 orang warga perubatan dari 9 buah negara dan 30 kawasan peringkat provinsi China menyertai persidangan ini.

Persidangan ini dianjurkan Pusat Pendidikan Virologi Belanda dan diselenggarakan oleh Hospital Changgung Universiti Tsinghua Beijing. Para peserta mengadakan perbincangan tentang hasil kajian terkini penyakit hepatitis dan AIDS.

Menurut ahli akademik China, Zhuang Hui, persidangan ini antara wadah penting bagi warga perubatan dan penyelidik untuk berinteraksi dan membawa makna besar bagi menggalakkan penyelidikan penyakit hepatitis dan AIDS di negara ini.

覃淼